Selasa, 14 Disember 2010

PEDANG MUROBBIKU

        







                  Assalamualaikum,pertama sekali marilah sama-sama kita merafa'kan kesyukuran kepada ALLAH kerana diberi nikmat iman dan islam kerana jika tidak dengan dua anugerah ini maka tidak tergeraklah jari jemari untuk berzikir,mulut untuk membaca quran,kaki ke masjid dan seterusnya.


              kali ini penulis ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang cara ana menulis blog ana ni.Ana baru sahaja menjejaki dalam alam blog ni dan baru nak menjadi penulis daie dalm alam yang maya yang kita tidak tahu secara zohir siapa gerangan penulis ni.,ingat lg kata-kata seorang ulama iaitu ramai orang pandai dan mahir menulis,menggunakan ayat-ayat yang mantap,sastera yang tinggi ,makna yang mendalam tetapi mereka ini tidak jujur di dalam penulisan mereka.mkusudnya mereka pandai menulis dan bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka katakan dan mungkin mereka tidak jujur dengan mengambilan sumber  rujukan mereka.


           Apa-apa perkongsian dalam blog ini ,semua datang dari hati ana sendiri supaya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian yang selama ini terpendam di jiwa yang berkarat ini..mungkin jugak perkongsian   dan cara ana nak sampaikan ini banyak dipengaruhi oleh murobbi ana ustaz zainol asri (Dewan Ulama PAS Kedah) .Ana tidak pernah jumpa ustaz sepertinya yang mengajar sambil mendidik jiwa yang rakus ini.Beliaulah yang mengajar erti usroh,tarbiyah,tamrin,dan sebagainya sewaktu di maahad mahmud alor star.Ingat lagi kata-kata ustazku yang sangat terkesan dan mungkin menjadi azimat sampai aku mati ,"zaman la ni orang ramai nak berdakwah,ada yang pandai berceramah la ,pandai cakap,pandai rancang program la,siasah cukup hebat,tapi tarbiyah kosong apa pon tak dak,bohong ja semua tu,hampa nak berjuang ni nak tunjuk kat sapa,kalau hampa ambil tentang tarbiyah maka benda lain akan ikut sekali...".,.,aduh kata- kata tu cukup penulis pengang dan menjadi idola sepanjang perjalanan dakwah ni.


            Diri yang lemah ini baru lagi nak try dalam blog ni dan pasti dan mesti banyak kelemahan .Segala teguran dan tamparan yang membina sangat di alu-alukan.Ana pun masih terlalu lemah dan banyak kelemahan dalam mendidik hati,jiwa,perasaan n supaya betul-betul menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa.,segala tunjuk ajar dari sahabat sekalian sangat di perlukan.Akhir kata jazakaALLAH...


wasalam


9.21 mlm (malam periksa)
mataam syuruk,mutah jordan

PREPARE TO MAHSYAR ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO